Thursday, April 8, 2010

bonggol unta



Assalamualaikum w.b.t



Kita semua semakin menghampiri... Menghampiri HARI KIAMAT. huhu dah macam-macam petanda ade dah. Ummie kate buang bayi tu pun salah satu petanda. Sedih sangat tengok bayi yang dibuang.. TSKK.. Hmm tapi kali ni bukan nak citer pasal buang bayi la. Nak cerita pasal "bonggol unta"




Mase nak naik kapal terbang dari Dubai ke Malaysia haritu boleh dikatakan semua perempuan arab kat situ berbonggolkan unta. BESAR PUNYE. Aku yang agak terkejut dengan "fesyen" sebegitu mula tertarik nak tahu ape yang ade disebalik hijab yang berbonggol tersebut. Camne dorang buat rambut dorang jadi bonggol cam tu? Pakai rambut palsu ke? Kepale tambahan ke? Ketumbuhan ke? Tudung lebihan digumpal2kan ke.. Wah nampak begitu MERIMASKAN sekali. Huhu


Nak dijadikan cerita aku dapat plak tempat duduk bersebelahan dengan pasangan Arab ni, so mase die nak tidur die pun keluarkanlah "Bende"alah bonggol tu.. Laa sanggul rupenye. Besar gedabak plak tu..


Then dah sampai Malaysia.. Ramai plak orang msia pakai "fesyen bonggol" macam tu. Sebab tak silap aku sanggul perempuan tu mcm salah satu aurat perempuan, so kita memang tak bolehlah menampakkannya. Lainlah kalau korang tengah berpantang nak ikat tinggi2 tu xde hal lah kot. haha




Tapi sekarang fesyen tudung yang main sarung tukan (haha aku tak tahu) ala yang cam gambar di atas ni. Aku tengok ramai yang pakai tudung camtu, and then pin kan dekat belakang leher. So memang nampak ketara la rambut mereka itu.. Huhuu




Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :







Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.







Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.



Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.



Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!


Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)



(Wahh siape yang xnak bau syurga kan?? Siap nak masukk lagi tu.. Huhu)



Renung-renungkan dan selamat beramal. Nak pergi tengok Adamaya. hihi

56 comments:

NAZ said...

haha bonggol unta baikk punya

nabilah said...

aishahtur,
TERBAEKK!!

*thumbs up!

MUJA said...

suka gila post yang ni !

n.amirahhhh said...

mnta izin copy hadisth ni ye.dah link kan skali.

Fariza said...

a'ah.. mmg betul.. kelakar tau mcm tu skrg.. mcm2 fashion weh.. yg x bleh blah fashion tudung berbonggol unta lah, mickey mouse lah, bla bla lah.. xtau pe nk jd.. moga2 pintu hati mrk terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Amin..

weh aishahtur, nk copy bleh?
hehehehehe

muhammad syafiq said...

salam,

tahniah!! entry yg bermanfaat :)

abdullah said...

sejuk ati ak bace..

Unknown said...

bagus entry nih.

geram gak ble artis promote bnda2 nih
yg tak tahu, ikot jerr. konon tak taw, ikot fesyen jer..

kiamat sudah mampir...

Mr. H said...

mse bace ni kn, Mr.H rase cam woww..
tertarik dgn cara olahan hadith tu..bagus dan mudah difahami.
buat la entry cani bnyk2, suka baca..
n u just make me proud of u..:)

abdullah luqman osman said...

perkongsian yang menarik aishahtur.. tahniah...

Aishahtur said...

naz : naik unta lebih baik hehe


nabilah : *sep!


muja : jom nak blanje kfc haha


itekkiut : ;)


Fariza : Ameen. mmglah aku sedikit culture shock tgk fesyen tudung cmtu kat msia, yela dah lame xbalik la katekan hehehee.. sile2,, xde mslh ;)


syafiq : alhamdullilah


abdullah : hati je? hehe


you itu awak : Same2lah kite berubah demi kebaikan di dunia dan akhirat..



Mr. H : tu belum Mr. H olah lagi tu.. kalau x.. laaaagiii la.. hehee



abid abdi : thanks luqman :D

umme said...

good job kak ^_^..best entry nie..ye ke..kat msia ada bonggol unta merata-rata..adeiii...walaupun kat msia susah nak jumpa unta..tp bonggol unta merata2..pilik2..haha~

semoja kita jauh daripada perkara y mendatangkan kemungkaran dr ALLAH..Aminn

mizie mozoe said...

erm...ermm..ermmm..ermmmm berpakain tapi telanjang kerana kau wanita..yg sendat yg ketat u all smua nampak padat, hati2 ade mate berputar ligat haha

Latika.Dot.Dot. said...

thankssssssssssss untuk ini!

Latika.Dot.Dot. said...

thankssssssssssss untuk ini!

Nabilah said...

SETUJU! sangat setuju! musykil apesal nak sanggul tinggi-tinggi en. haha caya laah sebab post ni ! :D

Just An Ordinary Person said...

minx izin nk show dkt status fb okeh.. :) :)
menarik tertarik..heee

Anonymous said...

aishah telah berubah..tahniah..bangga sekali ana dengan enti

Anonymous said...

minta izin copy link tau..

Nur -al- Ain said...

;) thank you for sharing ;p

yaya said...

aishahtur..this is superb!
da lame nk tego org tp xigt hadis plus xsure boleh ke x..so thanx alot!
terbaik!

owls said...

urrmmm...bonggol unta..
smmgnya yg terlarang itu selalu akan nmpak cntik..
thanks for the hadith!!!

Anonymous said...

salam. thanks for the reminder sis. :)

Sha-na.Szied said...

salam aisyah!! do blogwalking!

sabda rasulullah tu mmg tepat.

jika wanita2 diluar sane
berpakaian ketat,
dedah tubuh badan,
pakai tudung x tutup aurat,
tak tutup dada,
nampak bonggol unta.

nescaya, percayalah..lelaki2 diluar sana memandangmu tak lain tak bukan memikirkan bagaimana kiranya kamu bertelanjang..

Anonymous said...

salam..mintak izin nk copy..timekasih..

Anonymous said...

aishatur...syukur alhamdulillah sbb tlah sakses menyedarkan sy yg tlah kilaf terbeli rambut tuk jadikan bonggol unta tuk kunun2nye mencantikkan ikatan 2dng syria...huhuhu...
insaf sudah skrg...now nk campak je toncet unta palsu tuh!!

Anonymous said...

tapi kan....
kalau hadith ini hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik yang asal usulnyer dari tanah ARAB , naper yg bersanggul tinggi tu semuanyer berasal dari tanah ARAB...

wallahualam....

Anonymous said...

lol.... lawak komen atas ni. baju kurung asalnya dari tanah melayu, tapi kenapa hari2 kita tengok makin kurang orang yang pakai baju kurung? di mana tempat asal kita, tiada kaitan dengan apa yang kita amalkan..

Ahn said...

bile nk update shah?

J u l i a 。.゜✿ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

artikel ni boleh mendatangkan fitnah. Bagaimana dengan mereka yang berambut panjang mengurai? mereka terpaksa mngulung dan menyangul rambut mereka sehingga menampakan seperti bonggol unta. majoriti masyarakat arab berambut panjang. esply yg bertudung tu memang rambut panjang. kaji balik hadith yang diberikan supaya kekeliruan tidak berlaku. bersyukur jika seseorang itu dapat bertudung dari mendedahkan aurat.

Aishahtur said...

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung



Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan



Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan


Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat



Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat


Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Anonymous said...

Alhamdulillah..akhirnya dah dapat info dgn jelas mengenai bonggol unta ni....TQVM

ilan nur said...

OO macam tu ke? Saya pun tak suka bonggol2 ni. Rimas. Perkara ni menyedarkan saya. Terima kasih untuk entri ini.

kuroneko said...

Bonggol unta di atas kepala kedengaran sangat buruk..uik!!

iamryne said...

hye...great entry...mintak izin ya..sye link entry ini di FB...untuk renungan bersama.....thnaks....

jiji najiy said...

suke n3 ni ! lg sato fesyen gadis2 sekarang
pakai tudung tp pkai legging..

tang ni tunjuk sup bunjut/bonggol unta
tang tu tunjuk kaki
ble artis/public figure pkai fesyen2 cani then org2 di luar sne mula laa jdkan trend.. berbakul2 laa dosa2 mereka.. nauzubillah

sya said...

ini pertama kali saya denga pasal rambut unta nie, mula2 agak terkejut, sebab tak tau langsung pasal mende nie, saya dulu pernah rambut panjang (nak dekat pinggang), jadi pasal nak sumbat rambut dalam serkup terpaksela pintal n sanggul, sebab kalau kite tak buat camtu nanti rambut terkeluar, nampak rambut pulak kan, bile baca post saya tertanya tanya, macam mana sebenarnya cara mengikat rambut yang dibolehkan??? tak boleh nampak bonggol langsungkah?? ke maksud bonggol tu kalau yang betul2 tinggi atas kepala, tapi kalau yang dekat belakang kepala atas sikit dari leher boleh? sebab kalau dibiarkan rambut tu jatuh tutup leher panas, n rimas,
adakah cara yang terbaik kite potong rambut betul2 pendek supaya tak perlu ikat???
harap sapa yang tau boleh jelaskan dgn lebih terperinci lagi, thanks

Afzan Rahman said...

yg ikat rambut satu tinggi2 pn xbole. umpama punggung kuda. keh3. xingt hadis die bunyi canne. tp cm 2la. coz bila jln, ikat cm 2nmpk cm punggung kuda ngn ekor die yg meliuk2 2. tp kalo sanggul bersebab cm org pantang 2ikat tinggi2 2len ar. sanggul yg bole adalah antara paras atas telinga ke bwh sahaja.ge

Hj Ahmad Nazif Ishak said...

TERIMA KASIH KERANA KONGSI ILMU YG SEBELUM INI SY TAK TAHU PUN TENTANG BONGGOL UNTAK TU.. HEHEHE..
THUMBS UP FOR THIS ENTRY...

Sarah Iman Khairul Azhar said...

minta izin nak copy link ini.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

inilah rupanya bonggol unta tu ya? hermm pelik2 fesyen la nie.. =)

yours
SH

Neyra Shazeyra said...

aku pakai tudung cam bini mawi tu sapa nama? tp tak pernah lak sanggul tinggi, pin pulak kat leher. mcm seksa kot.

tmukmkd said...

huh aku tak tahu pun tu namanya bonggol unta :D

said...

pertama kali baca tentang tudung dan bonggol unta nih....

terima kasih berkongsi ilmu..

(^^,)

miss f21 said...

salam.
terima kaseh atas entri yang sangat bermanaat ni.
saya reblog entri ni okeyh?
thanx again :)

maisarah lani said...

salam , sangat brguna entri ni
boleh tak nk paste entry ni dekat blog and i link your blog boleh?
terima kasih :)

nurul said...

http://thecolouroflifeislove.blogspot.com/2010/05/apa-kata-ustaz.html

hadis ne dah dibahaskan oleh seorang ustaz. Harap tiada lagi kekeliruan ya. Janganlan menghakimi seseorang berdasarkan logik kita je. Sesuatu hadis tu perlu difahami sebaik mungkin sebelum kita suka2 jatuhkan hukum. Kasihan pada mereka yg brsanggul brtudung elok tapi dipandang hina macam bertelanjang. sedangkan yang langsung tak brtudung tu dpandang biasa je. islam kan mudah. janganlah kerana nak tunjuk kita tahu hukum baru trus hukum org tanpa periksa sdgkan kita sendiri tak tahu apa maksud hadis tuh. salam

Fa' said...

nama lagi fesyen, dlm 2 - 3 thn xda ah 2, nk pkai pashima belit, pkai selendang belit, pns la cik oiii.. skrg kemarau.. lagi la pns, lain klau duk dlm aircond, tp aiii berat kepala.. bagi aku, xthn lamaa nk berfesyen2 gni, jp lg berblk ke tudung bwl biasa je. TP jgnla serang2 tempat blog org yg jual brg2 gni, korang serang dia, dia serang ko. wat gaduh je xtentu psl. aku bc post komen kt blog qoma, xbaik kcau periuk nasi org. sape2 yg membeli dan memakai unta2 2, kt internet mst kebarangkalian utk bc post2 nie kt blog or FB tinggi,sbb org2 lain da mula sebar psl perkara ni, diarg smua bijak2 pandai2 klau x,xknla leh main komputer. diaorg leh pkr la 2 mn baik mn buruknya, yela korg g serang diorg,diorg kuarkn hadist2 diorg, korg kuarkn hadist2 korg. smua jd berbelit2. yg mn 1 btul? yg mm 1 x btol? maka kemusykilan akn timbul. kt situ, otak da jem. last2 " lantak la aku mau wt pe" kebanyakan mst akn kuarkn ayat g2. sbb "aku suka cntik, aku ttp ttup aurat tp gni plak xleh g2 plak xleh,ditmbh plak ngn islam ni mudah", jd apa penyelesaian? hanya seorg insn dr kaum adam akan bimbing hawa, hawa akn ikut apa yg insan bergelar adam beri tunjuk ajar,yg mn dia suka yg mn xsuka kn? so, pandai2 fikir.otak ada, mn baik mn buruk.

mek mok said...

tk kesah ah ape2 org ckp psl post cato kali ni, tapi aurat tetap aurat. hendak seribu daya, tk hendak seribu dalih. kan cato kan ? :) skee bace post ni. haha

Syu said...

Bagi saya, tak salah kalau bersanggul masa bertudung cuma janganlah ditinggi-tinggikan yg melampau2 sampai nampak pelik jadinya. Sbb contohnya saya, rambut terlalu panjang dan mestilah kena sanggul, kalau tak, nak sorok mana dalam tudung tu kan.

Tapi saya betul kurang suka tengok orang yang sanggul tinggi melampau2 sampai lebih tinggi dari paras kepala. Pelik betul, apa yg diorang letak dlm tudung tu sampai tinggi lebih dr kepala.

And kalau nak kata, diorang letak rambut palsu ke apa ke utk jadikan sanggul tu, hai kelakarlah.. Tak logik langsung. Lagi satu yg tak berkenannya bila pin tudung tu kat belakang leher sampai orang yg tengok tu yg rasa tercekik.

Ada pulak yg pin bukannya pin belakang leher (antara leher dgn sanggul), tapi dia pergi pin dgn rambut2 tu sekali - ni kisah benar sbb saya pernah nampak. Pelik.

P.S apa pun saya serahkan pada org2 yg berilmu agama (ustaz contohnya) yang layak memberi ulasan.

Filwi Nur Balqis said...

good entry. like this. thumbs up. tp kalau bole jgn sebarkan gbr org yg berbuat dose itu, jgn jadi ejen penyebar dose org lain. selamat beramal. jemput ke blog saye. filwi.blogspot.com

Mak Jang Ayu said...

sangat bermanfaat...dulu was2 kerana ada setengah org kata boleh dan ada yg kata tak boleh..sekrang bru sangat jelas..heheh.thank ya... semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama2..;)

Hasanuddin said...

Bismillah, Salam..

Hasil dari pembacaan dan perbincangan saya. Pendapat kami, bersanggul tidaklah haram. Hadis tersebut adalah dhaif.

http://drmaza.com/home/?p=1271

Apapun, sila rujuk artikel ni.

Unknown said...

pepuan cmni yg wt bonggol ats kepala dah tau salah disisi agama masih buat lagi perkara dilarang ni..sedeyyy2

Anonymous said...

"Hasil dari pembacaan dan perbincangan saya. Pendapat kami, bersanggul tidaklah haram. Hadis tersebut adalah dhaif.

http://drmaza.com/home/?p=1271

Apapun, sila rujuk artikel ni."

-tgk alamat web pun dh tau dh,xyah rujuk pun takpe..buat keliru je..wahabi adalah keliru dan mengelirukan.

Gadis Ayu