Thursday, April 8, 2010

bonggol unta



Assalamualaikum w.b.t



Kita semua semakin menghampiri... Menghampiri HARI KIAMAT. huhu dah macam-macam petanda ade dah. Ummie kate buang bayi tu pun salah satu petanda. Sedih sangat tengok bayi yang dibuang.. TSKK.. Hmm tapi kali ni bukan nak citer pasal buang bayi la. Nak cerita pasal "bonggol unta"




Mase nak naik kapal terbang dari Dubai ke Malaysia haritu boleh dikatakan semua perempuan arab kat situ berbonggolkan unta. BESAR PUNYE. Aku yang agak terkejut dengan "fesyen" sebegitu mula tertarik nak tahu ape yang ade disebalik hijab yang berbonggol tersebut. Camne dorang buat rambut dorang jadi bonggol cam tu? Pakai rambut palsu ke? Kepale tambahan ke? Ketumbuhan ke? Tudung lebihan digumpal2kan ke.. Wah nampak begitu MERIMASKAN sekali. Huhu


Nak dijadikan cerita aku dapat plak tempat duduk bersebelahan dengan pasangan Arab ni, so mase die nak tidur die pun keluarkanlah "Bende"alah bonggol tu.. Laa sanggul rupenye. Besar gedabak plak tu..


Then dah sampai Malaysia.. Ramai plak orang msia pakai "fesyen bonggol" macam tu. Sebab tak silap aku sanggul perempuan tu mcm salah satu aurat perempuan, so kita memang tak bolehlah menampakkannya. Lainlah kalau korang tengah berpantang nak ikat tinggi2 tu xde hal lah kot. haha




Tapi sekarang fesyen tudung yang main sarung tukan (haha aku tak tahu) ala yang cam gambar di atas ni. Aku tengok ramai yang pakai tudung camtu, and then pin kan dekat belakang leher. So memang nampak ketara la rambut mereka itu.. Huhuu




Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :







Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.







Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.


Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.



Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.



Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!


Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)



(Wahh siape yang xnak bau syurga kan?? Siap nak masukk lagi tu.. Huhu)



Renung-renungkan dan selamat beramal. Nak pergi tengok Adamaya. hihi

Wednesday, April 7, 2010

intikhobat

Assalamualaikum w.b.t


:)


Pilihanraya Sudan akan diadakan pada 11 April hari Ahad ni dan seramai 10 calon akan bertanding untuk merebut jawatan Presiden dalam pilihanraya yang berlangsung buat pertama kalinya dalam 24tahun ni. Huhu lame kan? So aku harap-harap xdelah bende-bende buruk berlaku sepanjang pilihanraya ni, and hope xdelah curfew ape bagai-bagai.


So orang Malaysia yang kat sane tu harap jagelah diri anda baik-baik ye. Dan undilah ngan bijak. Erk.. korang boleh mengundi ke? hehehe :P




Presiden Sudan Omar Bashir.. So who's next?



hehe


Thursday, April 1, 2010

Teka 1


Teka ape? Name gadis tersebut? of course tak lah kan.. haha. Tapi kalau nak pun ape salahnye haha. So, Tekalah apekah name kedai tersebut? :)





Gadis Ayu