Saturday, November 13, 2010

Man jadda wa jada..

I want to be NEW Aishah...marilah kite same2 berhijrah..Tinggalkan perkara2 yg melalaikan...Jauhi maksiat...Insaf n taubat...Banyakkan beribadah..Dah 20tahun hidup..aku xnak jadi aishah skrg ni...xnak kembali kpd Aishah yg dlu..Semakin ku cuba menjauhi semakin byk dugaan yg dtg..Ujian yg menimpa...Biaselah tu tanda Allah syang kan. Positif itu penting...Ohh semoga dipermudahkan....



Tapi ingat, perubahan tu perlulah sedikit2 tetapi berterusan yakni Istiqamah, janganlah la plak berubah byk terus tp stop tgh jalan. No good! Bahaya utk kesihatan tu.. hehe


Jomlah..Dah zulhijjah,lepastukan muharram..Tahun baru islam..Jom kte tinggalkan tabiat2 yg xbest tu...Bye2 old Aishah..Welcome NEW Aishahtur Raadhiyah.... :)


p/s : Lifes getting hard when u get older...Allah sebaik2 tempat mengadu..Moga amalan kita diterima olehNya..Believe u can do it..


p/s/s : "Man Jadda Wa Jada Waman Zaro'a Hasada" bermaksud 'Whoever work hard will get the success' atau bahasa melayunye ialah "Barang siapa yang bersungguh-sungguh akan mendapatkannya" InsyaAllah..


p/s/s/s : Thanks to Miss Snow White.. :) sayang ko...(bleh ke syg ko agak2 muncit ko jelesh x?)





nnt nak cite pengalaman mase kat kafilah :)

Saturday, November 6, 2010

Khutbah Nabi Muhammad tentang Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.” Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal
datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”


Sibuk alasan untuk tinggalkan solat.....?


Well itu yg dpt aku perhatikan skrg ni... Bile dah sibuk..Asyik sgt dgn kerja..Sampai lupe nak SOlat..Astagfirullah.. Ade yg Sibuk berkerjalah, sibuk buat assigment, sibuk MAIN INTERNET sibuk bersembang, dan sebagainya...Lainlah kalau sibuk SOLAT..Tak pernah pun saye dgr orang cakap "Wei sameon, malam ni maybe aku xdpt join korang g tgk bola kat kedai mamak tu kot, sbb aku rase malam ni aku SIBUK nk solat la..nak tahajud, pastu nak buat solat hajat doblas rakaat, pastu ingat nak khatamkan quran malam ni, so rase2nye mmg BUSY gile aa aku nk beribadat so, sory ek" hehe


Sangat sedih bile orang ambil ringan je dengan SOlat ni. Tak rasa berdosa pun tinggalkan solat..ALLAH.. Hukum solat tu WAJIB tau.. main internet kategori WAJIB ke?? "Ala lek r, aku tgh pujuk awek aku ni...Klu tinggal jap nnt die merajuk 5tahun ngan aku" hahaha..nak lempang pakwe die ke nk lempang awek die? Kan lebih best kalau awak tu solat dlu.. ajak awek tu same2 solat, moge hatinya lembut skit pastu dh xmrajuk dah ke.." Dah la kapel..Salah..xsolat plak..Lagilaa salah...Ape da contoh aku bg ni rase nak makan eskrem asamboi je...hahaa


Alaa sume bende2 lain boleh je tinggalkan kejap nk solat, tpi jgn la bwk bende2 tu ke tmpt solat pule..Xkhusyuk nnt!


Kite ni memang diwajibkan Allah untuk mendirikan solat dengan tujuan mengingati-NYA.. Hanya dengan solatlah kite dapat mendekatkan diri dan selalu mengingati Allah..

Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).


Sy ade kenal seorang hamba Allah ni..tiap2 kali sy tanye dah solat ke.. Jawapan die.. Dah (which is tipu) ataupun Period, xboleh solat (pun tipu gak sbb sminggu lepas tnye xleh solat gak BAPE BNYK KALI DAA KAMU PERIOD...)

Dan bile keluar jalan2 ke..Macam xsempat nk solat maghrib kat rumah, so kene stop kat masjid mne2 solat, so disebabkan perempuan kat Sudan ni xdela pakai "telekung" so xde la disediakan telekung di tempat2 solat.. Kene ready bawak la, tpi sbb die xbw die pun malas nk turun kereta...Lalu burn la solat maghrib die begitu sahaja...Kalaulah die tau azab, hukum, akibat, dan ape yg die telah rugi disebabkan die xsolat td..Maka akan menangislah die seumur hidup....Sy jamin..Itupun kalau die benar2 menghayatila..


Kalau kite tinggalkan solat, bukan dapat seksaan kat akhirat je! dekat dunia, ketika sakaratul maut, dkat kubur last skali kat akhirat.


SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
1. Allah swt. mengurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt.
3. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam
4. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
5. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala


SEKSAAN KETIKA SAKHARATUL MAUT
1. Ia akan menghadapi sakharatul maut dalam keadaan hina
2. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum
air sebayak tujuh lautan


SEKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
1. Allah swt. akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah swt. akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat


SEKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT
1. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mashyar oleh Malaikat
2. Allah swt. tidak akan memandangnya dengan pandangan belas
kasihan
3. Allah swt. tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa
dengan keras di dalam neraka

dan byk lg sbnrnye..


Baca betul2... Kalau rase2 sanggup nak lalui semua seksaan ni, boleh jer nk tgglkan solat. Sy xsanggup oo..Xmau Xmau...Nak solat! xmo tggl2..


Ulama berpesan untuk kite jadikan renungan iaitu sesiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! Jadi ape beza sumbang mahram dengan meninggalkan solat maghrib?? Kalau kite tbce psl berita sumbang mahram mesti kite akn kate ISK ISK TERUKNYE la ape bagaila...Abes klu kte tertgglkan solat maghrb sbb layan drama kat TV tu..? Isk isk teruknye kite ni kan...

Dan Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di bumi-Nya.

Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan- Nya di dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Dan Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.

Perlu kite ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya. Bayangkan air mendidih pun dah....... isk.. TUpun dikira Azab paling ringan tau! MashaAllah..


dan mereka yang meninggalkan solat Zohor pula diibaratkan seperti meruntuhkan Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

dan Meninggalkan solat Asar pulak sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)




Bab solat ni mmg byk yg boleh disharekan, InsyaAllah kalau ade kelapangan bolehla kamu gugel sendiri kelebihan mendirikan solat tupunkan kalau kamu rajin xSIBUK hahaha perli3. Takpun klu sy rjin leh je share kt sni. InsyaAllah...sbb selalunye sy malas..hehe



p/s : Marilah kita bersama2 mengambil peluang bagi menambahkan ilmu agar diri kita semakin bertaqwa kepada Allah SWT. Minta maaf kalau sy ade tersalah maklumat atau tersalah cakap yg menyinggung perasaan kamu. Masih byk lg yg perlu sy baiki..(sedih) Sy bdak bru dan mahu bljr...Moga kte sme2 ambil ikhtibar..

Thursday, November 4, 2010

Kamu yang cantik...



Sekarang ni ramai orang cantik. Semua berebut-rebut nak cantik. Tangkap je gambar skit, "Wah macam cantik je aku dalam gambar ni" tup tup xsampai 5saat dah jadi profile pic T___T... Motif? Saya pun pumpuan.. Saya paham kamu.. kadang-kadang saya pun susah gak nak tahan napsu neh nak tayang muke ni walaupun xdela cantik mcm kamu2 tu...hehe


Tapi saya mmg sukaa n respect sangat-sangat kat perempuan yg xtaruk gmbr die, or maybe taruk gmbr tp mcm *misteri gitulah cam org xtahu pun mane satu die, xpun taruk gmbr yg sopan yg biase2 je xdela buat horang tgk tak kelip mate en. Macam ade membe aku ni lah....Die ni cun...cantik sangat sangat....Tapi die jage elok je...Gambar xtaruk...Rase cam best je...Rase terjage.. Rase selamat... Terhindar dr fitnah2..InsyaAllah.. Suke sgt ngn pompuan jenis cmni..hehe.........




Tapi cam sedih je bile pompuan cantik..taruk gmbr die byk3...Sebab die rase sayang mcm xtayang...hahaha *xkisahla ape2 niat mereka pun.. Tapi hr2 mesti update truk gambar terlatest... Subhanallah..mmg cantik...tpi sayang...tayang sesaje cmtu je...hmm.....Lepastu kan dah susah hati bile orang lain amek gambar die, simpan dlm laptop la..save dlm hp la...pastu ade yg curi buat gmbr profile la... diri sendiri yg geram... tpi hati mesti ade bangga le tuh...xbyk sket mesti ade terase bangga punye...hehe sy tahu....susah kan ble dah cantik tu....


Lepastu mesti pening..eh nk letak gmbr profile yg mane eh...nak letak gmbr ni ke gmbr tu...Yg ni cm lg cute...ni cute gk tpi hidung nmpk cam kemek skit tapi cute..Ishh camne eh..nk kne istikrah dlu ke nih...hehe..hmm susah kan...


Kamu yg cantik...sape yg bg kamu cantik tu....hrni bape kali kamu bersyukur sebab kamu cantik...pastu bsyukur sbb dpt nikmat lain ade x? Sampai bile kamu nak maintain cantik.. kamu kamu...hijabkanla kecantikan kamu tu.. Maka kamu akan lebih cantik dr cantik kamu yg sekarang nih... Mudah2an begitulah.....


Ya Allah peliharalah kami, lindungilah kami, kuatkanlah hati2 kami. Jauhilah kami dari godaan syaitan... Ampunilah segala dosa-dosa kami.... Ameen......






P/S : jangan plak kate kamu xcantik... sebab semua Ciptaan Allah tu sume cantik2...indah..sempurna...lebih2 lagi ciptaan Allah yang bernama manusia....



(k.ma..pinjam gmbr nisreen..rindu kt die..hehe)

Gadis Ayu