Sunday, September 27, 2009

pulanglah kamu ke tempat yang sepatutnya

iaitu ke SUDAN.. hahaha


Ada yang asyik tanya je dah balik ke sudan ke belum? bile nak balik? aku sendiri pun xtau nak jawap ape sebab yang uruskan tiket tu bapak aku, tapi mungkin luse mungkin tulat InsyaAllah.. Aih sume tanye cam xsabar2 nak halau aku balik sudan je nih.. cis.. mandi air terjun pun belum lagi.. relax laa..

So dengan ini dukacita dimaklumkan AKU MASIH KAT MALAYSIA LAGI. muahahh aphal? xpuas hati..?? haha aku tunggu pilot datang jemput depan rumah la.. boleh?????????



Weh packing mane yang patot je la, patah riuk kang tulang budak tu.. haha

Thursday, September 24, 2009

jerawat raya

Korang ade? aku ade tige kot insyaAllah.. hahaha



Bismillahirahmanirrahim.. MEMPERSEMBAHKAN GAMBAR RAYA PADA TAHUN INI.. huhu


ketupat ni lagi best dari ketupat ;mengumpat :)


Abatie imam di pagi raya.


Luqmaan ko banyak buat dosa mintak maaf banyak2 skit.. hehehe



IMG_1366


IMG_1409



Farha


IMG_1834
sepupu perempuan "2 singgit 2 singgit" -mail




---------------habis dah gambar raya nak lagi tahun depan haha ---------------


Happy Birthday to Along 25/9/1988, Farha 19/9/1994 n Saofie 24/9/2000..



Tuesday, September 15, 2009

SEDIH KOT

natijah dah keluar.. and it was....pretty bad.. huhuh


kena balik Sudan awal sebab periksa yang untuk kali kedua [daur thani] bermula pada 1october.. So tadi aku cakap kat family aku yang aku kena balik awal, maybe 27September. Ade yang terkejut dan ade yang "YES, YES" sangat kurang ajar, agak-agak aa nak gurau pun. SALAH TIMING KOT.. kecewa.. huhu


ISH PENING PENING!


Ntah aa nak raya pun xbrape bes, kang dah balik Sudan kang ntah bile la nak balik Malaysia balik, uhuhuhu. WHAT EVER LA.. papehal. caiyok!! ade la hikmah disebaliknya tu kan! pikir positip je. kalau xleh pikir/. PAKSE! haha


k lah nak maen mercun.. wei luqmaan ko jangan habeskan mercun tu, aku nak letupkan kat dalam idong ko.. tungguu japp.. hahahaha T______________T

Thursday, September 10, 2009

(^^)v peace

Geledah dokumen dokumen lame time kiteorang sekolah dulu, jumpa gambar faaiz, hahaha comel je mase kecik-kecik.. muka innocent je...\\pastu suka-suka je paksa faaiz jadi kecik balik. hehe



Ni plak dalam report card aku mase dajah nam.. haha kalau cikgu Nazri bace belog aku ni, aku nak bagitau yang aku memang dah kurang cakap dah sekarang dalam kelas, xcakap langsong kot.. Doa cikgu termakbul. r u happy now?? hahaha :P





----

p/s : kesian tengok adik-adik yang nak kejar balik pelajaran yang diorang tertinggal. Yang paling kesian Fieqa n Faaiz. Dedua tahun depan nak amek UPSR n SPM, papehal GUDLUCK!! jangan give up dulu.. ingat tu pika. Macam yang ummie kata "Bersakit-sakit dahulu..." bermati-mati kemudian hahaha aku pepandai tambah :P KORANG BOLEH! ahaks

Monday, September 7, 2009

blog merah makngah

Tahun ni first time puasa and raya dekat Malaysia satu family selepas 4 tahun beraya kat Sudan and first time pakai sedondon kot, xpenah-penah. haha SO aku harap RAYA tahun ni BEST BANYAK la, walaupun mungkin dapat raye sekejap je.. Huhuhu Tapi oklah kan dari tak dapat raya langsong.. Alhamdullilah.


Puasa pun dah nak saploh malam terakhir so marilah kita tingkatkan amalan pada 10 malam terakhir ramadhan kerada didalamnya ada satu malam yang sungguh istimewa iaitu malam..... Haa jawap-jawap Malam ape?? haha Ya betul.. Malam lailatul qadar.


Firman Allah SWT: Maksudnya:

Maksud Firman Allah : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar. Tahukah kamu, apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Malam itu malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” (al-Qadr : 1-5)



Sabda Nabi SAW : “Carilah malam al-Qadar pada malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadhan” (HR Bukhari)


;)

Malu kat Jihah sebab dia puasa lebih banyak dari aku. CEYT, tak kira duit raya kena sama banyak gak! hehe



-----------------------

p/s : Sangat cuak nih rasanya natijah imtihan hari tu dah nak keluar, Semoga najahlah semua madah semester 4 ni AMEEN Ya Rabbal Alameen... And gudluck untuk adik-adik yang amek UPSR esok :)

Wednesday, September 2, 2009

semalam 1 sept..

hari ni 2 sept, kuikuikui


MANE ADE JERAWAT.. PHOTOSHOP JE TU!!


tak sangka dah nam hari duk malaysia ingat dah nam minggu, raya lame lagi tapi xnak raya dulu nanti kena balik sudan hehe nak balik tapi taknak balik [camne tuh?] result dah nak kuar takut gila cam gila cam gila gila cam gila cam gilaaaa lah, semoga Najah semua madah. Ameen Ya Rabbal Alameen.



Adik-adik dah mula sekolah, Saofie siap dapat surat cinta lagik first day, wah melampau budak2 sekarang hahaha so yang aku ni TAK SEKOLA duk umah jela jadi pembantu kepada surirumah hahaha oklah oklah MAID ke BIBIK ke sedap sikit bunyi cam sopan santun je cam SOLEHAHHHH je kan hahaha




So sepanjang cuti ni aku nak guna masa yang ada untuk beramah mesra ngan adik-adik je. Kalau nak gaduh biar gaduh betul2. Biar sampai masuk spital. Kalau nak dengki biar sampai nangis kuar2 kahak. kalau nak buli biar sampai ummie call polis semua hahaha



akhir kata ; saya takde benda nak update. tolong bagitau nak update pasal ape yek.. hehe



Faaiz yang bengong, cam takde mulut je nak bagitau nak pergi tiduh..